Minggu, 05 April 2015

KUASA SHOLAT


Kisah Si Pemikul Barang
ADALAH diceritakan bahawa
di Kufah terdapat seorang
pemikul barang yang amat
mahsyur dengan
kejujurannya. Orang ramai
sangat percaya padanya.
Mereka mengamanahkan barang-
barang yang berharga serta wang
mereka padanya. Barang-barang
yang diamanahkan padanya itu
dibawanya dari satu tempat ke satu
tempat.
Si pemikul barang
dengan solatnya -
Solat yang dapat
menarik bantuan
Allah
Sekali peristiwa semasa di dalam
perjalanannya, dia bertemu dengan
seseorang yang bertanya padanya
ke mana dia hendak pergi. Setelah
diberitahu, berkatalah orang itu,
"Saya pun hendak ke sana.
Sekiranya boleh, mahukah saya
menemani anda berjalan kaki atau
sudikah sekiranya saya menumpang
menunggangi keledai anda dengan
bayaran sedinar?"
Si pemikul barang tadi pun
bersetuju dan mengizinkannya
menunggangi keledainya. Dalam
perjalanan itu mereka tiba di satu
simpang. Kata si penumpang,
"Jalan manakah yang anda mahu
ambil sekarang?"
Sahut si pemikul barang, "Jalan
besar inilah!"
"Tidak, saudara! Kita ambil jalan
yang satu lagi, jalannya lebih dekat
serta ada banyak rumput untuk
keledai ini makan." Ujar si
penumpang memberi cadangan.
Jawab si pemikul barang, "Saya
tidak pernah lalu di jalan ini."
Sahut si penumpang, "Saya pernah
dan kerapkali melalui jalan ini."
Si pemikul barang itu pun
percayalah dengan kata-kata si
penumpang tadi. Lalu mereka
berdua pun ikutilah jalan tersebut.
Setelah berjalan beberapa jauh,
mereka pun sampai ke pangkal
jalan yang tebal hutannya di mana
terdapat banyak tengkorak
manusia berselerakkan.
Dengan tidak semena-mena si
penumpang tadi terjun dari atas
keledai dan terus menghunus
pisaunya dengan niat hendak
membunuh si pemikul barang.
"Nanti dulu!" Teriak si pemikul
barang,
"Ambillah keledai ini dan barang-
barang yang dipikulnya tapi
janganlah membunuh saya." Rayu si
pemikul barang.
Si penumpang enggan mendengar
rayuannya dan bersumpah bahawa
dia mula-mula sekali akan
membunuh si pemikul barang.
Kemudian akan mengambil keledai
beserta dengan semua barang-
barang yang dibawanya.
***************
Setelah melihat bahawa rayuannya
tidak diindahkan dan hati kejam si
penumpang itu tidak berlembut,
maka si pemikul barang pun
berkata, "Baiklah! sekiranya anda
tetap mahu membunuh saya juga,
benarkan saya solat dua rakaat
saja." Pinta si pemikul barang.
Si penumpang dengan sinis
berkata, "Ikut suka andalah.
Sekalian tengkorak yang anda lihat
mati berselerakkan inipun meminta
serupa dengan yang anda minta jua,
tapi solat mereka itu tidak memberi
kesan pada mereka." Ujar si
penumpang sambil ketawa besar.
Si pemikul barang pun mulailah
bersolat tetapi tidak dapat hendak
membaca sebarang surah selepas al
Fatihah walaupun dia berusaha
dengan seberapa daya.
Sementara itu, si penumpang pula
bertambah tidak sabar serta
menggesanya supaya cepat-cepat
mengerjakan solatnya.
Dengan tidak semena-mena ayat-
ayat yang berikut ini terlintas di
fikiran si pemikul barang;
"Atau siapakah yang
memperkenankan doa orang
yang menderita apabila dia
berdoa kepadaNya dan yang
menghapuskan kesusahan.."
(sebahagian surah An Naml,
ayat 62)
Sedang si pemikul barang membaca
ayat ini, air matanya berlinangan.
***************
Seorang yang berkuda tiba-tiba
muncul di tempat itu.
Dia memakai topi yang
bergemerlapan dan di tangannya
terdapat sebatang lembing. Dia
menikam si penumpang durjana
yang tidak tahu belas kasihan itu
dengan lembingnya. Matilah dia
dengan serta merta. Api yang
bernyala-nyala kelihatan pada
tempat jatuhnya badan di durjana
itu.
Si pemikul barang pun bersujud
serta mengucap syukur ke hadrat
Allah s.w.t. Setelah selesai bersolat
dia berlari ke arah orang yang
menungggang kuda tersebut serta
meminta agar dia memperkenalkan
dirinya.
Katanya, "Aku adalah hamba-Nya
yang telah menyahut seruan orang
yang teraniaya. Kamu sekarang
telah selamat dan boleh pergi ke
mana saja yang kamu suka."
Setelah berucap demikian, maka
orang yang berkuda itupun
memacu kudanya dan terus ghaib
dari pandangan.
Begitulah, bahawasanya solat
itu amat besar manfaatnya.
Selain disukai Allah Taala,
solat juga menyelamatkan kita
dari bala bencana di dunia
yang fana serta
mententeramkan jiwa dan
fikiran kita
Allahu 'alam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar