Kamis, 16 April 2015

SAHABAT-ISLAMI

Kadang - kadang sahabat yang suka
belanja kita makan, bukan kerana mereka
berharta tapi sebab mereka meletakkan
persahabatan melebihi duit.
.....
Kadang - kadang sahabat yang rajin
bekerja, bukan kerana mereka tunjuk
pandai tapi sebab mereka memahami
maksud tanggungjawab.
......
Kadang - kadang sahabat yang memohon
maaf dulu selepas pergaduhan, bukan
kerana mereka salah tapi sebab mereka
menghargai orang di sekeliling mereka.
.....
Kadang - kadang yang sukarela
membantu kita, bukan kerana mereka
berhutang apa-apa tapi sebab mereka
lihat kita sebagai seorang sahabat.
.....
Kadang - kadang sahabat yang selalu
SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana
mereka tak de benda lain nak buat tapi
sebab mereka INGAT PADA ANDA.
......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita
akan terkenangkan pelbagai perbualan
dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga
hubungan ini menjadi asing...
......
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar
kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"
.....
Dan kita tersenyum dengan air mata
yang tidak kelihatan kerana hati ini
terusik dengan kata yang sayu, lalu
berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI
YANG PALING INDAH DALAM HIDUP
SAYA."
TERIMA KASIH SAHABAT

Tidak ada komentar:

Posting Komentar