Minggu, 05 April 2015

SOLAT TAHAJUD - ALLAH MAHA PENGASIH

Sahabat pena..
luangkanlah masa untuk merenungu sejenak betapa Allah sangat memudahkan manusia.
Dialog TUHAN dan manusia
.
Tuhan: "hamba Ku, bangunlah! Lakukan
solat malam 11 rakaat!"
.
Hamba: "Ilahi, aku lelah, tidak sanggup
rasanya."
.
Tuhan: "hamba Ku, lakukan 2 rakaat
syafa' dan 1 rakaat witir saja!"
.
Hamba: "Ilahi, aku lelah dan rasanya
sukar bagiku untuk bangun di tengah
malam."
.
Tuhan: "hambu Ku solat witir saja.."
.
Hamba: "Ilahi, hari letih sekali, apa tidak
ada cara lain?"
.
Tuhan: "hamba Ku, wudhuklah sebelum
tidur lalu menatap ke langit katakan YA
ALLAH..."
.
Hamba: "Ilahi, aku sudah mengantuk
kalau aku bangun nanti mengantuknya
hilang."
.
Tuhan: "hamba Ku, tayammum saja di
tempat tidur mu dan katakan YA
ALLAH.."
.
Hamba: "Ilahi, udara terasa sejuk sekali,
aku tak sanggup mengeluarkan tanganku
dari dalam selimut."
.
Tuhan: "hamba Ku, kalau begitu sebut
saja dari dalam hati YA ALLAH, dan
akan kami hitung itu sebagai solat
malammu."
.
Sampai disini si hamba sudah tidak peduli
kerana tertidur lena.
.
Tuhan: "lihatlah wahai malaikat Ku,
bagaimana telah Aku mudahkan semua
baginya, akan tetapi dia pergi dari Ku
dan tidur tanpa meninggalkan apapun..
Bila datang waktu subuh bangunkan dia
agar dia bermunajat pada Ku, Kerana
Aku merindukan suaranya."
.
Malakat: "Ya Ilahi, telah kami
bangunkan dia tapi dia kembali tidur."
.
Tuhan: "bisikkan di telinganya bahawa
Aku menantinya."
.
Malaikat: "Ilahi, dia tetap tidur."
.
Tuhan: "katakan, sudah azan...sebentar
lagi matahari terbit. Bangunlah sebelum
habis waktu subuh kerana aku ingin
memberkati sepanjang harinya."
.
Malaikat: "Ilahi, apa Engkau tidak ingin
marah padanya?"
.
Tuhan: "Hamba ku tidak memiliki
siapapun selain Aku, Aku menangguh
marah Ku menunggu dia bertaubat.
Hamba Ku, ketika engkau solat Aku
memandangmu, seakan Aku tidak memiliki
hamba selainmu... Namun engkau lalai
seakan kau memiliki ratusan
Tuhan....??!.
.
Betapa PENYAYANG ENGKAU YA ILAHI..
Betapa PENGAMPUN ENGKAU YA
ILAHI..
Betapa AGUNG ENGKAU YA ILAHI...
Ampuni kami hambaMu yang lemah ini..
~Jejak Pena~

Tidak ada komentar:

Posting Komentar