Kamis, 16 April 2015

TAUKAH ANDA???

Baca ni!!!
Pernahkah anda makan dan minum secara
berdiri di dalam kehidupan seharian?
Mungkin ada yang berkata YA atau
TIDAK sambil tersenyum dengan seribu
makna.
Kini, perbuatan makan dan minum secara
berdiriini agak biasa dan menjadi
BUDAYA di kalangan masyarakat.
Tahukah anda terdapatlarangan makan
dan minum di dalam Islam? Terdapat
segelintir golongan dalam masyarakat
tidak mengambil kisah perbuatan ini,
malahan larangan ini dipandang sepi dan
dikritik oleh mereka. Islam adalah sebuah
agama yanglengkap (syumul)dalam
memberikan panduan dan adab di mana ia
meliputi semua tatacara kehidupan
manusia. Misalnya, adab menuntut ilmu,
adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan
begitu juga islam telah menetapkan adab-
adab ketika minum dan makan.
Perbuatan meminum sambil berdiri akan
menyebabkan proses penapisan air tidak
berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan
penyakit kristal ginjal
Secara klinikal, air yang masuk dengan
cara posisi duduk akan disaring oleh
sfinger.SFINGER adalah suatu struktur
berotot(muscular) yang boleh membuka
(sehingga air kencing boleh keluar) dan
menutup. Setiap air yang kita minum akan
disalurkan pada ‘pos-pos’ penapisan yang
berada di ginjal (kidney). Sekiranya pada
masa tersebut kita minum sambil berdiri
maka air yang kita minum itu secara
automatik akan masuk tanpa disaring lagi.
Ia akan terus menuju ke kandungan air
kencing. Ketika menuju ke kandungan air
kencing itu maka terjadilah pemendapan
(sedimentation) di saluran sepanjang
perjalanan (ureter). Oleh kerana terdapat
sisa-sisa makanan yang melekat pada
saluran ini maka bermulalah satu penyakit
kristal ginjal (crystal kidney disease)
yang sungguh berbahaya. Senario ini
menjustifikasikan hubungan-kait ureter
yang sedikit demi sedikit menjadi
tersumbat tadi.
Larangan Minum Dan Makan Secara
Berdiri Menurut Perspektif Islam
Terdapat beberapa hadis yang
menerangkan perihal tegahan perbuatan
minum secara berdiri yang diriwayatkan
oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W.
Di antara petikan hadis yang masyhor;
“Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah S.A.W
bersabda; “Sesungguhnya beliau melarang
seseorang minum sambil berdiri,Qotadah
berkata:”Bagaimana dengan makan?
Beliau menjawab; “Itu kebih buruk lagi.”
(Riwayat : Muslim dan Turmidzi)
“Bersabda Nabi Muhammad S.A.W dari
Abu Hurairah; ”Jangan kalian minum
sambil berdiri! Apabila kalian lupa, maka
hendaknya ia muntahkan!”
(Riwayat : Muslim)
Manakala terdapat sebuah hadis yang
menceritakan perbuatan Nabi Muhammad
S.A.W dudukbertongkatkan lutut semasa
makan seperti di dalam petikan hadis
berikut;
“Diriwayatkan ketika Rasulullah S.A.W di
rumah Aisyah R.A. sedang makan daging
yang dikeringkan di atas lutut talam
sambil dudukbertongkatkan , tiba-tiba
masuk seorang perempuan yang keji mulut
melihat Rasulullah S.A.W duduk sedemikian
itu lalu berkata; “Lihatlah orang itu
duduk seperti budak. Maka dijawab oleh
Rasulullah S.A.W; “Saya seorang hamba,
maka duduk seperti duduk budak dan
makan seperti makan budak.” Lalu
Rasulullah S.A.W mempersilakan wanita itu
untuk makan. Adapun dudukbertelekan
(bersandar kepada sesuatu) telah
dilarang oleh Rasulullah S.A.W
sebagaimana sabdanya; “Sesungguhnya
Aku tidak makan secara bertelekan.”
(Riwayat : Bukhari)
Larangan Minum Dan Makan Secara
Berdiri Menurut Perspektif Sains
Berdasarkan kepada hasil kajian yang
dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan
bernama Dr.Abdul Razzak Al-Kailani
berkaitan tindakbalas terhadap makan
dan minum secara berdiritelah
merumuskan;
“Sesungguhnya makan dan minum dalam
keadaan duduk lebih baik dari segi
kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di
mana makanan dan minuman akan melalui
dinding perut dengan perlahan-lahan.
Manakala minum berdiri menyebabkang
cecair akan jatuh ke dasar perut dengan
laju dan akan melanggar lapisan perut.
Kalau perkara ini sering berlaku dan
dalam jangka masa panjang, ia akan
menyebabkan perut menjadi longgar dan
jatuh sehingga menyebabkan minuman
susah untuk dihadam. Begitu juga dengan
makanan.
Posisi secara duduk akan membuat sistem
saraf dan sistem otot dalam keadaan
tenang dan menjadi aktif serta sistem
penghadaman akan bertambah
kemampuan (ability) untuk menerima
makanan dan minuman
Pandangan ini turut disokong oleh Dr.
Ibrahim Ar-Rawi yang membuat kajian
terhadapsistem saraf dan sistem otot
telah menerangkan;
“Apabila seseorang itu berdiri ototnya
menjadi tegang dan pada masa yang
sama sistem imbangan pada sistem saraf
pusat (central nervous system) dalam
keadaan terlampau aktif mengawal semua
otot, untuk melakukan proses
pengimbangan dan berdiri tegak. Ia
adalah proses gabungan di antara sistem
saraf dan sistem otot dalam satu masa
yang menyebabkan manusia tidak mampu
mengawal kedua-duanya untuk rehat.
Keadaan otot yang rehat adalah syarat
yang terpenting ketika makan dan minum
dan keadaan ini hanya wujud ketika
seseorang itududuk. Ini kerana apabila
duduk maka sistem saraf dan sistem
ototdalam keadaan tenang akan menjadi
aktif serta sistem penghadaman akan
bertambah kemampuan (ability) untuk
menerima makanan dan minuman. Ini
akan menyerap (assimilation) makanan
dengan cara yang betul.
Kesimpulan
Para Fuqaha’ telah khilaf dalam masalah
hukum minum berdiri ini. Namun begitu,
para Fuqaha’ lainnya ada berpendapat
larangan minum berdiri ini telah
dimansuhkan (dihilangkan hukum)
berdasarkan hadis Ibn Abbas R.A yang
berkata:
“Aku memberi (menghulurkan) air zam-
zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda
meminumnya sambil berdiri“
Dalam sahih Bukhari, hadis daripada
Abdul Malik bin Maisarah daripada al-
Nizaal, dia berkata:
“Ali bin Abi Tholib datang ke “bab al-
Ruhba” dan dia minum sambil berdiri,
kemudian berkata “ada antara kamu
tidak suka orang minum sambil berdiri,
dan aku melihat Baginda S.A.W minum
seperti yang aku sedang lakukan
sekarang (berdiri)”
Kesimpulan yang dapat diambil daripada
perbincangan di atas memberikan kita
penjelasan kepada kita bahawa terdapat
dua pandangan berkaitan isu ini.
Pertama, jika terdapat hadis yang
melarang daripada makan dan minum
sambil berdiri secara konsisten
memberikan signifikasi bahawa perbuatan
makan dan minum secara berdiri adalah
tidak digalakkan. Kedua, jika terdapat
hadis yang membenarkan perbuatan
makan dan minum sambil berdiri pula ia
memberikan pengertian bahawa bukanlah
dosa (cuma perbuatan itu tak
digalakkan). Pandapat ini disokong oleh
ulamak seperti at-Tabari, al-Khattabi
dan al-Hafiz Ibn Hajar.
Air merupakan komponen asas di dalam
kehidupan manusia samada ianya
berbentuk molekul sejuk atau panas.
Kewujudannya tidak dapat dipisahkan
kerana ia memberikan banyak faedah
kepada manusia
Akhir kalam, kedua-dua pilihan ini
(makan atau minum secara berdiri atau
duduk) adalahdibenarkan tanpa
larangan/ tanpa makruh (bi duun kiraha).
sehat ada di tangan kita, sahabat smile emoticon
semoga bermanfaat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar